Apabila Memaklumkan Pilihan dan Keputusan, Nabi Muhammad Tidak Menerangkan Alasan

Seorang sahabat Nabi Muhammad yang bernama Abdullah bin Umar melaporkan, semasa orang-orang Islam dari Mekah baru tiba di Madinah, mereka semua berkumpul sementara menunggu masuknya waktu sembahyang.

Pada masa itu belum ada apa-apa cara memanggil orang supaya bersembahyang. Disebabkan keadaan itu, pada suatu hari mereka berbincang berkenaan perkara itu.

Ada antara mereka yang berkata, “Gunakan loceng macam orang-orang Kristian.” Ada pula yang berkata, “Gunakan trompet daripada tanduk, macam orang-orang Yahudi.” Lalu Umar berkata, “Bagaimana kalau saudara-saudara suruh seorang lelaki supaya melaungkan panggilan sembahyang?”

Nabi Muhammad pun berkata, “Wahai Bilal, berdirilah, dan laungkan panggilan sembahyang.”

– Hadith No. 190 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim

Dalam hadith di atas, Nabi Muhammad 2 kali membuat pilihan dan keputusan:

  1. Memilih idea panggilan azan.
  2. Memilih Bilal sebagai pelaung panggilan azan.

Sewaktu membuat pilihan dan keputusan itu beliau bertindak sebagai ketua.

Beberapa perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad:

  1. Tidak memberitahu kriteria yang digunakan bagi memilih idea.
  2. Tidak memberitahu dan memuji kelebihan yang ada pada idea laungan azan.
  3. Tidak mengkritik kelemahan yang ada pada idea loceng dan trompet.
  4. Tidak memberitahu kriteria yang beliau gunakan sewaktu memilih Bilal sebagai pelaung azan.
  5. Tidak menggunakan sistem undian bagi memilih idea.
  6. Tidak menawarkan kepada sesiapa yang ingin ke hadapan bagi menjalankan tugas melaungkan azan.

Nota: Dalam budaya kepimpinan zaman sekarang, ketua-ketua dikehendaki supaya menerangkan semua kriteria dan alasan yang digunakan di sebalik semua pilihan dana kepuusan yang diambil.

Gaya Nabi Muhammad membuat keputusan dalam hadith di atas dilabelkan sebagai gaya autokratik atau kuku besi.

Mahu Belajar Lebih Lanjut Teknik Nabi Dalam Memimpin?

(KLIK Banner Di Bawah)

Ada soalan & pendapat? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca Artikel Kami Yang Lain