Apabila Nabi Muhammad Menolak Permintaan Beliau Tidak Memberikan Alasan

Ali bin Abu Talib adalah menantu kepada Nabi Muhammad. Beliau melaporkan bahawa isterinya, Fatimah binti Muhammad, pernah meminta kepada ayahnya supaya dia diberi seorang pembantu rumah.

Nabi Muhammad menjawab dengan berkata, “Mahukah ayahanda beritahu sesuatu yang lebih baik untuk anakanda berdua dibandingkan dengan seorang pembantu rumah?

Apabila anakanda berdua pergi ke katil kamu, ataupun anakanda pergi ke tempat tidur kamu berdua, bacalah takbir 33 kali, dan baca tasbih 33 kali, dan baca tahmid 33 kali.

Itu adalah lebih baik bagi anakanda berdua daripada seorang pembantu rumah.”

– Hadith ini dipetik dari rekod hadith autentik dalam koleksi Bukhari

Salah satu perkara yang sukar hendak dilakukan adalah menolak permintaan dari orang yang sangat dikasihi ataupun sangat dihargai.

Analisis Hadith

Ia menjadi lebih sukar dilakukan apabila kita berasa tidak sampai hati hendak menolaknya kerana perkara yang diminta itu adalah perkara yang sangat diperlukan.

Dalam amalan lazim, kita percaya kita mesti memberikan alasan yang kuat kepada si peminta supaya dia faham mengapa permintaannya itu terpaksa ditolak.

Ciri alasan yang kuat adalah:

  1. Alasan itu perlu sangat logikal. Ini bermakna kita perlu mengemukakan hujah, bukti dan rasional yang kuat.
  2. Alasan itu pula perlu dapat diterima oleh logik si peminta. Apa yang logikal kepada kita tidak semestinya logikal bagi si peminta.
  3. Alasan yang kita berikan itu perlu dapat menjaga perasaan si peminta supaya meskipun permintaannya ditolak dia tidak berkecil hati.

Dalam hadith ini Nabi Muhammad menunjukkan prinsip dan teknik yang bertentangan dengan amalan lazim.

Apabila Nabi Muhammad menolak permintaan Fatimah beliau tidak memberikan apa-apa alasan mengapa permintaan itu terpaksa ditolak.

Langkah memberikan pelbagai alasan hanya mencetuskan lebih banyak kesukaran:

  1. Bagi setiap alasan yang kita berikan, orang itu dapat mencipta alasannya sendiri bagi menolak alasan kita itu.
  2. Semakin banyak alasan yang kita berikan, dari sudut logiknya, semakin lemah alasan terbaru yang kita kemukakan. Alasan pertama sentiasa alasan paling kuat. Alasan berikutnya sentiasa semakin kurang kuat.
  3. Dengan mengemukakan banyak alasan kita dipersepsi secara negatif, yakni semakin orang itu percaya kita sebenarnya tidak ikhlas semasa menolak permintaannya, bahawa kita sebenarnya hanya mementingkan diri sendiri.
  4. Setiap alasan yang kita kemukakan hanya menambahkan lagi jumlah titik pertentangan pendapat.
  5. Langkah mengemukakan banyak alasan mencipta kesan bahawa kita berada pada posisi kuasa yang lemah, dan memang ada benarnya bahawa orang yang banyak memberi alasan di sebalik keputusan yang diambilnya adalah orang yang lemah kuasanya.

    Sebaliknya juga begitu, di mana semakin banyak kuasa yang dimiliki semakin dfia tidak perlu memberikan alasan di sebalik keputusannya.

Mahu Belajar Lebih Lanjut Teknik Nabi Dalam Memimpin?

(KLIK Banner Di Bawah)

Ada soalan & pendapat? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca Artikel Kami Yang Lain