Bagaimana Respon Nabi Muhammad Kepada Cakap Orang yang Tahap Ilmunya Rendah

Hadith ‘Tuhan di Langit’

Muawiyah memberitahu, “Saya pernah mempunyai seorang hamba wanita yang bekerja menggembala kambing milik saya di kawasan Uhud dan Jawwaniyyah. Pada suatu hari, saya membuat pemeriksaan dan saya dapati seekor kambing telah dimakan serigala.

Saya adalah manusia biasa yang boleh marah seperti mana orang lain marah, dan saya telah menamparnya satu kali. Kemudian saya pergi berjumpa Nabi Muhammad, dan beliau menganggap masalah saya itu masalah berat.

Saya berkata, “Wahai Rasul Allah, apakah saya patut membebaskan dia?” Nabi Muhammad berkata, “Bawa dia ke sini.” Lalu saya pun membawa hamba saya itu kepada Rasulullah.

Beliau bertanya kepada hamba saya itu: “Di mana Allah?” Hamba saya menjawab: “Di langit.” Nabi Muhammad bertanya lagi: “Siapa saya?” Dia menjawab: “Tuan adalah Rasul Allah.”

Nabi Muhammad berkata: “Bebaskan dia, kerana dia seorang wanita beriman.”

– Hadith ini terdapat dalam rekod hadith autentik koleksi Sahih Muslim

Hadith ini adalah hadith yang paling jelas menunjukkan bagaimana Nabi Muhammad berespon kepada jawapan seorang yang ilmu dan daya inteleknya lebih rendah.

Dalam persitiwa itu, Nabi Muhammad menjalankan ujian keimaman ke atas seorang hamba perempuan milik Muawiyah.

Di sini kita membuat andaian bahawa hamba itu bukan seorang yang pintar dan mempunyai ilmu tauhid yang mendalam.

Soalan keimanan yang ditanya oleh Nabi Muhammad kepada hamba perempuan itu: “Di mana Allah?”

Hamba perempuan itu menjawab: “Di langit.”

Mendengar jawapan hamba itu, Nabi Muhammad tidak berkata apa-apa. Beliau tidak mengatakan jawapan itu betul mahupun salah.

Beliau terus bertanyakan soalan kedua. “Siapa saya?”

Hamba itu menjawab: “Tuan adalah Rasul Allah.”

Sesudah mendengar jawapan kedua itu barulah Nabi Muhammad memerintahkan Muawiyah supaya membebaskan hambanya.

Mahu Belajar Lebih Lanjut Teknik Nabi Dalam Memimpin?

(KLIK Banner Di Bawah)

Ada soalan & pendapat? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca Artikel Kami Yang Lain