Bahasa Persuasif Nabi Muhammad: Tidak Menggunakan Perkataan ‘Kerana’ & ‘Sebab’

Abdullah bin Abi Aufa melaporkan bahawa Abdul Rahman bin Auf pernah mengadu kepada Nabi Muhammad tentang Khalid al-Walid.

Lalu Nabi Muhammad berkata kepada Khalid, “Wahai Khalid, janganlah saudara menyakiti lelaki yang menjadi anggota tentera Perang Badar. Andai kata saudara bersedekah dengan emas sebesar Gunung Uhud, tentu saudara masih tidak dapat menyaingi amalannya.”

Khalid al-Walid pun berkata, “Wahai Rasul Allah, mereka menuduh saya, sedangkan yang dimaksudkan adalah mereka.”

Nabi Muhammad berkata, “Janganlah menyakiti Khalid, sesungguhnya dia adalah pedang daripada pedang-pedang Allah ‘azza wa jalla. Allah menghantarkan dia bagi memerangi orang-orang kafir.”

– Hadith ini direkodkan dalam koleksi hadith-hadith autentik Ibn Hibban

Nabi Muhammad adalah seorang yang sangat mahir mempengaruhi orang-orang lain. Apabila beliau bercakap, respon orang-orang yang mendengar kata-katanya adalah:

  1. Faham maksud kata-kata Nabi.
  2. Bersetuju dengan apa yang dikemukakan oleh Nabi.
  3. Tidak berasa mereka ditekan ataupun dipaksa supaya mematuhi cakap Nabi.
  4. Berasa suka dan gembira apabila berpeluang melakukan apa yang Nabi suruh.
  5. Bertambah kasih kepada Nabi.

Salah satu faktor yang menyebabkan daya pengaruh Nabi Muhammad sangat tinggi ada pada gaya bahasanya.

Dalam hadith di atas, Nabi Muhammad menyuruh Abdul Rahman bin Auf dan Khalid al-Walid supaya berdamai.

Sewaktu Nabi Muhammad bercakap kepada dua orang tokoh itu, beliau tidak menggunakan perkataan ‘oleh kerana’ ataupun ‘oleh sebab’, dalam bahasa Arabnya beliau tidak menggunakan perkataan ‘li’anna’.

I. Kepada Khalid al-Walid, Nabi Muhammad berkata: “Wahai Khalid, janganlah saudara menyakiti lelaki yang menjadi anggota tentera Perang Badar. Andai kata saudara bersedekah dengan emas sebesar Gunung Uhud, tentu saudara masih tidak dapat menyaingi amalannya.”

BUKAN: “Wahai Khalid, janganlah saudara menyakiti lelaki yang menjadi anggota tentera Perang Badar, KERANA / SEBAB andai kata saudara bersedekah dengan emas sebesar Gunung Uhud, tentu saudara masih tidak dapat menyaingi amalannya.”

II. Kepada Abdul Rahman bin Auf, Nabi Muhammad berkata: “Janganlah menyakiti Khalid, sesungguhnya dia adalah pedang daripada pedang-pedang Allah ‘azza wa jalla. Allah menghantarkan dia bagi memerangi orang-orang kafir.”

BUKAN: “Janganlah menyakiti Khalid, KERANA / SEBAB sesungguhnya dia adalah pedang daripada pedang-pedang Allah ‘azza wa jalla. Allah menghantarkan dia bagi memerangi orang-orang kafir.”

Mahu Belajar Lebih Lanjut Teknik Nabi Dalam Memimpin?

(KLIK Banner Di Bawah)

Ada soalan & pendapat? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca Artikel Kami Yang Lain