Bisnes Perlu Pasukan Pandai
Memiliki sebuah pasukan pekerja yang rajin bukanlah jaminan untuk kejayaan dalam dunia bisnes. Kebanyakan daripada mereka hanya buat kerja yang diberikan tanpa namun tidak melakukan kerja-kerja yang bernilaian tinggi (high value activities) untuk pembangunan bisnes. Oleh itu, orang bisnes bukan sahaja perlu cari pekerja yang rajin, namun penting juga memiliki sebuah pasukan pekerja yang pandai.
Pasukan yang pandai akan mengubah perjalanan bisnes yang melekat pada badan pendirinya menjadi lebih fleksibel. Bisnes boleh bergerak secara autopilot walaupun pendirinya tidak berada di situ. Untuk membina pasukan pandai ini, seorang pendiri bisnes mesti tahu apakah kerja dan tugas yang mesti diturunkan kepada pasukan pandai ini.
- Memberi Idea Baru
Pasukan pandai mampu mencipta idea baru yang dapat memberi nafas baru dan menyegarkan bisnes. Mereka tidak terikat kepada rutin harian, sebaliknya sentiasa mencari peluang baru untuk meningkatkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. - Menyelesaikan Masalah Operasi Harian
Pasukan yang pandai akan cekap dalam menyelesaikan masalah operasi yang mungkin timbul. Mereka bukan sahaja memahami cabaran yang dihadapi, tetapi juga memberikan penyelesaian yang inovatif dan efektif untuk menjaga kelancaran operasi harian tanpa kehadiran pemilik bisnes. - Merancang Strategi dan Taktikal
Pasukan ini turut bertanggungjawab dalam merancang strategi dan taktikal yang dapat membawa bisnes ke tahap seterusnya. Mereka memiliki keupayaan untuk meramalkan trend pasaran, mengenal pasti pesaing, dan mengambil tindakan yang sesuai untuk memenangi persaingan. - Meningkatkan Keuntungan dan Menurunkan Kos
Sejajar dengan itu, pasukan pandai turut berperanan dalam menurunkan kos operasi dan dalam pada masa yang sama membantu dalam meningkatkan keuntungan. Kecekapan dalam pengurusan sumber dan penggunaan teknologi terkini adalah antara kemahiran mereka yang dapat memberikan impak positif kepada kewangan bisnes.
Oleh yang demikian, dalam menempa kejayaan dalam bisnes, membina pasukan pandai ini sudah menjadi keperluan kepada semua orang bisnes yang sedang membesar dan mengembangkan pasukannya. Mereka bukan sahaja melaksanakan tugas, tetapi juga menyumbang kepada inovasi, penyelesaian masalah, strategi, dan keseimbangan kewangan bisnes. Pasukan pandai adalah aset yang tidak ternilai, membawa bisnes ke dimensi baru yang penuh dengan peluang dan kejayaan.
Untuk belajar bagaimana membina pasukan pekerja yang pandai klik butang di bawah