Cara Nabi Membangunkan Idea HADITH “BILAL BACA AZAN”

Oleh: Ainon Mohd

Hadith ‘Bilal Baca Azan’Abdullah bin Umar melaporkan, katanya: Semasa orang Islam dari Mekah baru tiba di Madinah, mereka berkumpul sementara menunggu masuknya waktu solat.

Pada masa itu belum ada cara memanggil orang supaya datang solat. Pada suatu hari mereka berbincang perkara itu.

Ada yang mencadangkan, “Gunakan loceng macam orang Kristian.” Ada yang mencadangkan, “Gunakan trompet tanduk, macam orang Yahudi.” Umar mencadangkan, “Bagaimana andai disuruh seorang lelaki supaya dia melaungkan panggilan azan?” Nabi berkata, “Wahai Bilal, berdirilah, dan laungkanlah panggilan azan.” – Sahih Muslim

ULASAN Dalam hadith ‘Bilal Baca Azan’ itu Nabi menunjukkan cara yang betul bagi ketua-ketua apabila mahu mendorong anak-anak buah dan orang bawahan supaya melakukan dua perkara:

1. Berfikir secara kreatif.
2. Berani mengemukakan idea dan cadangan mereka kepada ketua.

Dalam hadith ‘Bilal Baca Azan’ itu, ada dua orang yang mengemukakan idea tidak original.
Mereka mencadangkan supaya orang Islam meniru idea dari agama-agama lain, iaitu amalan dalam agama Yahudi dan agama Kristian.

Apabila Nabi mendengar idea yang tidak original itu, Nabi diam sahaja. Nabi tidak komen apa-apa. Sepatah pun Nabi tidak ulas idea-idea itu.

Share Artikel Ini.

Share on facebook
Share di Facebook
Share on whatsapp
Share di Whatsapp
Share on telegram
Share di Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *