Teknik Motivasi Nabi Muhammad

Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang mendekati Nabi Muhammad. Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 10 pahala.” Kemudian datang pula seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah.” Nabi Muhammad berkata, “Dia mendapat 20 pahala.” Kemudian datang lagi seorang lain yang berkata, “Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.” Nabi…

Teknik Nabi Muhammad Mengajak Orang Menjalankan Tugas yang Baik, Besar, Berat dan Berbahaya

Sahabat Nabi Muhammad yang bernama Jabir bin Abdillah melaporkan bahawa pada hari berlakunya Perang Khandaq, Nabi Muhammad telah mengumumkan panggilan perang, lalu Zubair bin Awam menyahut panggilan perang itu. Selepas itu, sekali lagi Nabi Muhammad menyeru panggilan perang, lalu sekali lagi Zubair bin Awam menyahut panggilan itu. Kemudian, sekali lagi Nabi Muhammad menyeru panggilan perang,…

Nabi Muhammad Tidak Menghukum Kesalahan yang Tiada Hukumannya di Dunia

Salah seorang sahabat Nabi Muhammad bernama Abu Hurairah. Dia melaporkan bahawa Nabi Muhammad pernah lalu di hadapan orang yang menjual selonggok buah kurma. Beliau memasukkan tangannya ke dalam longgokan buah kurma itu, lalu tangan beliau terkena pada buah basah di dalamnya. Nabi Muhammad bertanya kepada orang itu, “Apakah ini, wahai penjual kurma?” Orang itu menjawab,…

Nabi Muhammad Memuji 7 Orang VIP Sekaligus

Anas bin Malik melaporkan Nabi Muhammad pernah berkata, “Orang yang paling penyayang kepada umatku adalah Abu Bakar. Orang yang paling tegas dalam urusan Allah adalah Umar. Orang yang paling jujur sifat malunya adalah Uthman. Orang yang paling tahu berkenaan halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal. Orang yang paling tahu berkenaan ilmu faraid adalah Zaid…

Bagaimana Cara Nabi Muhammad Mendorong Anak Buahnya Melakukan Kebaikan

Hadith ‘Uncang Duit’ Sahabat Nabi Muhammad yang bernama Jarir bin Abdullah melaporkan, pada suatu hari beberapa orang Arab kampung datang berjumpa Nabi Muhammad dengan memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit binatang yang masih ada bulunya. Apabila Nabi Muhammad melihat kemiskinan orang kampung itu beliau mengesyorkan supaya orang-orang yang ada mengeluarkan sedekah kepada mereka, tetapi anjuran…

Hadith ‘Sehelai Bulu Seladang’ adalah Bukti Motivasi pun Perlu Diberikan kepada Mereka yang Cemerlang

Abdullah bin Mas’ud melaporkan pada suatu masa beliau dengan sekitar 40 orang lelaki lain bersama-sama Nabi Muhammad berada di bawah khemah yang diperbuat daripada kulit. Nabi Muhammad berkata, “Sukakah saudara-saudara menjadi seperempat daripada semua penduduk syurga?” Mereka semua menjawab, “Ya.” Nabi Muhammad berkata lagi, “Sukakah saudara-saudara menjadi sepertiga daripada semua penduduk syurga?” Mereka semua menjawab,…

Teknik Nabi Muhammad Melayan Pertanyaan Orang Berilmu yang Tidak Menyukai Hal-Hal Dasar

Abu Al-Aswad melaporkan apa yang didengarnya sendiri dari sahabat Nabi Muhammad yang bernama Abu Zarr. Abu al-Aswad melaporkan bahawa Abu Zarr telah berkata, “Saya pergi berjumpa Nabi Muhammad, tetapi saya dapati beliau sedang tidur dengan memakai baju putih. Kemudian saya pergi lagi kepadanya, dan beliau masih lagi tidur. Kemudian saya pergi lagi, dan kali ini…

Nabi Muhammad Melebih-lebihkan Pujian yang Diberikan

Muaz bin Jabal memberitahu bahawa beliau pernah bertanya kepada Nabi Muhammad: “Wahai Rasul Allah, terangkan kepada saya amalan yang dapat memasukkan saya ke dalam syurga.” Nabi Muhammad berkata, “Bakh! Bakh! Sesungguhnya saudara telah bertanyakan suatu soalan yang agung. Ia menjadi mudah bagi sesiapa yang diberi kemudahan oleh Allah. Lakukanlah sembahyang yang ditetapkan, dan bayarlah zakat…

Nabi Muhammad Menegur Kesilapan Teknikal

Salah seorang sahabat Nabi Muhammad bernama Abu Musa. Dia melaporkan bahawa dia pernah bersama dengan Nabi Muhammad dalam satu perjalanan. Lalu ada orang-orang yang bertakbir dengan suara kuat. Nabi Muhammad berkata, “Wahai saudara-saudara sekalian, kasihanilah dirimu! Sesungguhnya kalian tidak berdoa kepada seorang yang tuli dan jauh, tetapi kalian berdoa kepada Zat yang maha mendengar lagi…

Nabi Muhammad Menjaga Kepuasan Pelanggan

Seorang sahabat Nabi Muhammad yang bernama Huzaifah melaporkan, pada suatu hari ada rombongan wakil penduduk negeri Najran datang berjumpa Nabi Muhammad. Mereka berkata, “Wahai Rasul Allah, hantarkanlah untuk kami seorang lelaki yang dapat dipercayai.” Lalu Nabi Muhammad menjawab, “Baiklah, saya akan hantarkan seorang lelaki yang amat dipercayai. Dia benar-benar dipercayai. Benar-benar dipercayai.” Menurut Huzaifah, orang-orang…