Contoh Aplikasi Hadith dalam Kelas Corot

Contoh bab dalam buku yang sedang ditulis….

BAB 1: Soalan Akhlak Supaya Semua Pelajar Corot Dapat Angkat Tangan

Hadith ‘Abu Bakar Masuk Syurga’

Abu Hurairah melaporkan bahawa pada suatu masa Nabi Muhammad pernah bertanya: “Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang berpuasa pada hari ini?” Abu Bakar menjawab, “Saya.”

Beliau bertanya lagi: “Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini menghantar jenazah?” Abu Bakar menjawab, “Saya.”

Beliau bertanya lagi: “Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini memberi orang miskin makan?” Abu Bakar menjawab, “Saya.”

Beliau bertanya lagi: “Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini melawat orang sakit?” Abu Bakar menjawab, “Saya.”

Lalu Nabi Muhammad berkata: “Seseorang yang melakukan perkara-perkara tersebut sudah tentu masuk syurga.”

– Hadith No. 543 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim

Pengenalan

Pelajar-pelajar di dalam kelas corot percaya mereka bukan pelajar pintar disebabkan faktor-faktor berikut:

  1. Mereka ditempatkan di dalam kelas yang dikhususkan untuk pelajar corot.
  2. Mereka dilayan oleh guru-guru sebagai pelajar tidak pintar, ini kerana tingkah laku guru berbeza apabila mereka melayan di dalam kelas pelajar pintar.
  3. Mereka mendapat markah rendah di dalam buku-buku latihan.
  4. Mereka gagal dalam ujian dan peperiksaan.
  5. Apabila guru menyoal, mereka tidak berani angkat tangan.

Disebabkan mereka yakin mereka bukan pelajar pintar, akibatnya self-esteem mereka sangat rendah. Guru dapat menaikkan self-esteem pelajar dengan memberi peluang mereka semua angkat tangan dan seronok hendak menjawab pertanyaan guru.

Cara menaikkan self-esteem pelajar adalah dengan bertanyakan soalan-soalan yang sudah tentu mereka dapat jawab dengan rasa bangga.

Teknik Nabi Muhammad

Salah satu jenis soalan yang Nabi Muhammad tanyakan kepada mereka yang ada bersama-sama beliau adalah soalan akhlak. Contoh soalan akhlak yang beliau pernah tanyakan adalah:

  1. “Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang berpuasa pada hari ini?”
  2. “Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini menghantar jenazah?”
  3. “Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini memberi orang miskin makan?”
  4. “Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini melawat orang sakit?”

Pada hujung sesi soal-jawab itu Nabi Muhammad berkata: “Seseorang yang melakukan perkara-perkara tersebut sudah tentu masuk syurga.”

Soalan-soalan akhlak adalah contoh soalan yang mereka semua dapat angkat tangan dan suka menjawabnya kerana ia membuktikan mereka adalah ‘budak baik’ meskipun bukan ‘budak pintar’.

Gunakan soalan akhlak dalam sesi awal sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (P & P).

Dengan menggunakan soalan akhlak pelajar berasa seronok dan suka mahu belajar. Apabila mereka suka belajar, nanti secara perlahan-lahan mereka akan menjadi ‘budak pintar’.

Mahu Belajar Lebih Lanjut Teknik Nabi Dalam Memimpin?

(KLIK Banner Di Bawah)

Ada soalan & pendapat? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca Artikel Kami Yang Lain