Hadith ‘Sehelai Bulu Seladang’ adalah Bukti Motivasi pun Perlu Diberikan kepada Mereka yang Cemerlang

Abdullah bin Mas’ud melaporkan pada suatu masa beliau dengan sekitar 40 orang lelaki lain bersama-sama Nabi Muhammad berada di bawah khemah yang diperbuat daripada kulit.

Nabi Muhammad berkata, “Sukakah saudara-saudara menjadi seperempat daripada semua penduduk syurga?” Mereka semua menjawab, “Ya.”

Nabi Muhammad berkata lagi, “Sukakah saudara-saudara menjadi sepertiga daripada semua penduduk syurga?” Mereka semua menjawab, “Ya.”

Lalu Nabi Muhammad berkata, “Demi Zat yang jiwa Muhammad berada di dalam genggamannya, sesungguhnya saya mahukan saudara-saudara menjadi separuh daripada semua penduduk syurga. Sedangkan syurga itu hanya dapat dimasuki oleh jiwa yang muslim.

Dan, perbandingan antara saudara-saudara dengan mereka yang menyembah berhala adalah umpama sehelai bulu putih pada kulit seekor seladang hitam, ataupun umpama sehelai bulu hitam pada kulit seekor seladang putih.”

– Hadith No. 102 dalam buku Ringkasan Sahih Muslim

Hadith ini adalah hadith yang paling jelas menunjukkan skrip ucapan Nabi Muhammad kepada sekumpulan audiens yang semuanya adalah individu-individu yang sangat cemerlang iman mereka, agama mereka dan prestasi mereka.

Meskipun mereka sudah sangat cemerlang namun Nabi Muhammad masih tetap memberikan kata-kata perangsang dan motivasi supaya mereka mahu mencapai peringkat kecemerlangan yang lebih tinggi lagi.

Dalam peristiwa di atas, Nabi Muhammad berucap kepada sekitar 40 orang. Mereka adalah sekumpulan orang yang sudah sedia mempunyai sikap dan prestasi cemerlang.

Ini berdasarkan kata-kata yang beliau ucapkan kepada mereka: “Sukakah saudara-saudara menjadi seperempat daripada semua penduduk syurga?”

Kita dapat andaikan bahawa semua 40 orang itu akan masuk syurga. Ini kerana Nabi Muhammad tidak bertanya: “Mahukah saudara masuk syurga?”

Nabi Muhammad menunjukkan bahawa beliau masih memberikan dorongan motivasi kepada golongan yang sudah sedia cemerlang akhlak dan prestasi mereka.

Kumpulan orang yang dimotivasi itu adalah mereka yang sudah menunjukkan komitmen tinggi dan prestasi tinggi.

Dalam hadith ini Nabi Muhammad bukan hanya menawarkan kepada mereka peluang memasuki syurga, tetapi menawarkan kepada mereka peluang menjadi penduduk syurga yang statusnya sangat tinggi.

Struktur konten hadith ini dapat digunakan bagi menyusun kata-kata motivasi yang diucapkan kepada sekumpulan orang yang kualiti mereka sudah cemerlang.


Kata-kata Nabi Muhammad yang berbunyi:

“….Dan, perbandingan antara saudara-saudara dengan mereka yang menyembah berhala adalah umpama sehelai bulu putih pada kulit seekor seladang hitam, ataupun umpama sehelai bulu hitam pada kulit seekor seladang putih.”

menunjukkan kualiti audiens beliau itu adalah semuanya individu-idnidvidu yang sangat cemerlang.

Beliau memulakan ucapan dengan bertanya: “Sukakah saudara-saudara menjadi seperempat daripada semua penduduk syurga?”

Mahu Belajar Lebih Lanjut Teknik Nabi Dalam Memimpin?

(KLIK Banner Di Bawah)

Ada soalan & pendapat? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca Artikel Kami Yang Lain