Dalam kursus ini, kami akan tunjuk kepada anda prinsip dan teknik untuk beri arahan kepada staff. Kami faham isu staff tak dengar cakap, memang satu isu yang berat dan perlu diselesaikan segera.
Salah satu punca pemilik bisnes kecil mengalami stress adalah isu pekerja yang macam tidak mahu dengar cakap majikan betul-betul, dia dengar sambil lewa sahaja, khususnya dalam menjalankan suruhan dan arahan kerja.
Ada masanya, apabila disuruh buat sesuatu kerja pekerja mahu buat. Ada masanya dia buat suruhan itu tetapi lambat. Ada masanya suruhan itu tidak dibuat langsung, apabila ditanya banyak alasan yang diberikan.
Kerap berlaku, majikan terpaksa mengulang-ulang suruhan dan arahan yang sama. Ada masanya tiap-tiap hari majikan terpaksa suruh buat kerja itu. Jika tidak disuruh, pekerja tidak buat kerja itu.
Ada masanya, majikan terpaksa terangkan arahan itu dengan detail dan panjang lebar. Jika tidak, pekerja buat tetapi tidak betul, tidak macam yang majikan mahukan. Pekerja macam tidak mahu fikir sendiri.
Kadang-kadang majikan terpaksa menyuruh dengan suara kuat dan keras. Jika menyuruh dengan suara tidak kuat, pekerja tidak cepat-cepat buat perkara yang disuruh.
Ada masa-masanya, majikan terpaksa tunjuk muka marah, jika tidak tunjuk muka marah pekerja tidak takut, lalu dia buat kerja yang disuruh itu dengan sikap hendak tak hendak, asal sudah dibuat cukuplah.
Kali ini, setiap arahan yang anda beri dapat mendorong mereka untuk buat dengan segera tanpa banyak alasan.
Kali ini, anda hanya beri arahan sekali sahaja. Tak perlu nak ulang dan suruh setiap hari. Tak sakit hati kan?
Kali ini, setiap arahan yang anda beri akan mudah untuk staff anda faham dan buat dengan betul.
Kali ini, anda beri arahan dengan nada biasa dan staff pun cepat untuk laksanakan arahan tersebut.
Kali ini, tanpa perlu marah atau ugut pun, pekerja anda akan buat lebih daripada yang anda suruh.
Kami faham. Ada dalam kalangan tuan puan mempunyai staff muda, staff tua, staff atasan, staff bawahan, staff pandai dan staff yang kena ketuk baru gerak ibarat pahat dengan penukul.
Oleh itu, teknik sangat sesuai untuk:
Anda akan belajar punca selama ini arahan anda langsung tidak dipedulikan staff.
Anda akan tahu ciri-ciri yang ada dalam arahan yang berkesan dan berpengaruh.
Anda akan belajar dan buat latihan untuk beri arahan bagi mengurus outcome kerja.
Anda akan belajar dan buat latihan untuk beri arahan dalam mengurus proses kerja.
Anda akan belajar dan buat latihan untuk beri arahan yang berada dalam jobscope mereka.
Anda akan belajar dan buat latihan untuk beri arahan yang berada luar jobscope mereka.
Anda akan tahu dan belajar ciri-ciri ayat arahan yang terlalu umum dan akibatnya.
Anda akan tahu dan belajar ciri-ciri ayat arahan yang spesifik untuk staff dan kesannya.
Anda akan tahu dan belajar ciri-ciri ayat arahan yang mengelirukan staff dan cara atasi.
Anda akan belajar dan buat latihan memberi arahan yang menaikkan karisma sebagai pemimpin.
Ini yang membezakan program dan kursus kami. Setiap sesi kami, ada sesi latihan.
Tuan akan buat skrip arahan, senior consultant kami akan review dan beri cadangan penambahbaikan.
Lead Like Muhammad sebuah brand yang menghimpun A-List speaker untuk berikan kepada anda real input & insight dalam dunia bisnes sebagai seorang pemimpin.
Puan Ainon Mohd,
20 Tahun Membangunkan PTS Media Group Sdn Bhd
Ustaz Abdul Halim,
Mantan CEO Zakat Melaka & Pengurus Jenama LLM
Berikut merupakan maklumat penuh kursus
Berikut merupakan pakej yuran yang anda boleh pilih.
Selepas pendaftaran berjaya, anda akan terima emel untuk link ke group.
Di dalam group ini, kami akan berikan link zoom.