BAB 30 Kriteria Nabi Melantik Ketua Pasukan

Oleh: AINON MOHD

ISU SEMASA

Banyak orang percaya seseorang yang hendak membuka bisnes ataupun dilantik menjadi ketua pasukan mesti mempunyai kepakaran teknikal dalam bidangnya.

Kepercayaan macam itu datang daripada sangkaan:

1. Ketua yang tidak mempunyai kepakaran teknikal akan mudah dapat dibohongi oleh orang-orang bawahannya. Disebabkan dia bukan pakar bidang, dia tidak tahu apabila dia dibohongi.

2. Ketua yang tidak mempunyai kepakaran teknikal tidak akan dihormati oleh orang-orang bawahannya.

3. Tugas ketua adalah memberi tunjuk ajar kepada orang-orang bawahannya dalam perkara-perkara teknikal yang mereka tidak tahu.

4. Ketua pasukan hendaklah mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah-masalah teknikal yang berlaku.

Contoh-contoh kesilapan:

Contoh 1: Banyak orang sangka individu yang hendak dilantik menjadi pengurus pasukan jualan mestilah mempunyai pengalaman sebagai jurujual.

Bukan hanya pengalaman, malah mereka sangka sebaiknya calon pengurus itu mesti pernah menjadi jurujual yang sangat berjaya.

Di manakah silapnya sangkaan begitu?

Menjual adalah tugas jurujual. Bagi menjadi jurujual yang berjaya, memang diperlukan skill teknikal dalam bidang kejurujualan.

Namun, dalam melantik pengurus jualan, calon pengurus tidak wajib mempunyai kemahiran teknikal yang sangat tinggi sebagai salesman.

Manakala tugas hakiki pengurus jualan bukan lagi menjual. Tugas hakiki pengurus jualan adalah:

a. Mengurus prestasi pasukan jurujual.
b. Mendorong pasukan jurujual supaya
c. Mencipta strategi kempen jualan dengan objektif meningkatkan angka-angka jualan dan meningkatkan profit hasil jualan.

Pengurus jualan mesti mempunyai ilmu bagaimana hendak menaikkan jualan. Prestasinya adalah geraf peningkatan jualan yang dicapai oleh pasukan jurujual yang diurusnya.

Contoh 2: Banyak orang sangka individu yang hendak membuka kedai makan mesti pandai memasak.

Alasan yang sering kali dikemukakan adalah, seandainya tukang masaknya berhenti kerja secara mengejut, dia boleh memasak sendiri.

Pengurusan kedai makan tidak memerlukan orang yang pandai memasak. Memasak adalah kerja tukang masak.

Kedai makan mesti diurus oleh pengurus yang pandai membawa masuk banyak pelanggan sehingga bisnes kedai makan itu menghasilkan banyak keuntungan.

Orang yang mengurus kedai makan mesti pandai mengurus pasukan pekerjanya, termasuk mengurus tukang masaknya, supaya mereka tidak selalu berhenti kerja.

Dalam sebuah hadith Nabi menunjukkan bagaimana beliau melantik seorang yang tidak memiliki kepakaran teknikal yang tinggi sebagai ketua pasukan.

HADITH 'DOA UNTUK KUDA JARIR'

Jarir melaporkan Nabi pernah berkata, “Wahai Jarir, tidak sukakah saudara menggembirakan hati saya dengan membinasakan Zul Khalasah di Khatsam?”

Jarir akan pergi bersama-sama 150 orang tentera berkuda. Jarir tidak mahir berkuda, lalu dia memberitahu Nabi perkara itu.

Sambil beliau menepuk dada Jarir, Nabi berkata, “Ya Allah, mahirkanlah dia berkuda, dan jadikan dia dapat memberi petunjuk, serta mendapat petunjuk.”

Jarir pun berangkat. Tiba di Khatsam, dia membakar tempat yang bernama Zul Khalasah.

Kemudian Jarir menghantar Abu Arhat pergi menemui Nabi bagi menyampaikan berita gembira itu.

Abu Arhat pergi berjumpa Nabi dan berkata, “Saya datang menghadap tuan dalam keadaan Zul Khalasah sudah hangus.”

Nabi mendoakan kebaikan untuk kuda suku Jarir dan pasukannya, sebanyak lima kali.

– Sahih Muslim

ULASAN

Dalam hadith ‘Doa Untuk Kuda Jarir’, Nabi menunjukkan bahawa dalam memilih calon panglima angkatan tentera berkuda, kriteria mempunyai ilmu perang adalah lebih penting daripada mempunyai ilmu tinggi dalam bidang teknikal iaitu menunggang kuda.

Dalam peperangan Zul Khalasah itu, pada waktu Nabi melantik Jarir sebagai panglima tentera berkuda, Jarir adalah seorang yang tidak memiliki kemahiran berkuda.

Arahan Nabi kepada Jarir adalah supaya dia membinasakan tempat yang bernama Zul Khalasah. Jarir berjaya melaksanakan arahan Nabi itu.

Tugas Jarir sebagai panglima angkatan tentera berkuda adalah memenangi peperangan. Kuda perang hanyalah salah satu senjata dalam peperangan itu.

Panduan Ini Khas Untuk Orang Bisnes Ketua Organisasi Pemimpin Syarikat

34 BAB Aplikasi Hadith Psikologi
untuk menjadi KETUA YANG BERPENGARUH.

Dari Sudut Apa Yang Dikaji Oleh Puan Ainon?

Disebabkan sudah banyak buku terbitan agamawan mengenai kepimpinan Nabi. Oleh itu, apa lagi yang dikaji oleh penulis yang membuatkan pembaca boeh mendapat ilmu baru dari sudut pandang yang lain?

Dalam video ini, penulis panduan Lead Like Muhammad iaitu Puan Ainon Mohd, Chairman PTS Media Group Sdn Bhd memberi penerangan yang sangat menarik. 

(Panduan Dalam Halaman Website.)

Dalam panduan Aplikasi Hadith Psikologi untuk Pemimpin ini, anda akan belajar:

"Kejayaan Organisasi @ Syarikat Bergantung Kepada Gaya Kepimpinan Yang Digunakan."

Nabi membawakan kebaikan kepada penduduk seluruh dunia, bukan hanya kepada umat Islam sahaja. Banyak ilmu kepimpinan yang beliau ajarkan dapat dipraktikkan oleh orang-orang Islam dan juga orang-orang bukan Islam.

Buku ini menerangkan prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP yang digali daripada hadith-hadith yang mempunyai elemen psikologi di dalamnya, dan bagaimana elemen-elemen itu dapat diaplikasi.

Prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP kepimpinan gaya Nabi dapat dikumpulkan ke dalam 2 kategori:

Ada 3 Bahagian Huraian Yang Dikupas Bagi Setiap Bab.

Isu Semasa

Puan Ainon menerangkan isu semasa mengenai kepimpinan yang berlaku dalam organisasi.

Hadith Pilihan

Puan Ainon menghurai hadith yang berkaitan yang menyelesaikan masalah isu semasa yang berlaku.

Aplikasi & SOP

Puan Ainon menerangkan cara aplikasi hadith & SOP yang bersesuaian dengan keadaan sekarang.

Dalam Panduan Ini, Ada 34 Bab Dengan Penerangan
Yang Sangat Teliti Supaya Anda Mudah Faham.

ISU SEMASA
Isu staff tidak mematuhi peraturan waktu kerja dan datang kerja lewat adalah isu yang sangat banyak berlaku. Bagi mengatasi isu datang lewat, pelbagai cara dicipta, namun bagi sesetengah pekerja cara-cara itu tidak juga efektif. Sebagai contoh, ada staff yang sanggup gajinya dipotong, bagi mereka itu tak apa-apa.


Dalam sebuah hadith, diceritakan suatu peristiwa di mana seorang lelaki melakukan tiga kesalahan melanggar SOP kerja, tetapi Nabi tidak sebut langsung tiga kesalahannya itu. Pada waktu yang sama, selain melanggar SOP kerja, lelaki itu ada melakukan suatu perbuatan yang baik. Nabi tidak menegur kesalahannya, sebaliknya Nabi memuji perbuatannya betul itu.

Pada masa ini isu akhlak buruk dan pergaulan bebas dalam kalangan muda-mudi menjadi salah satu isu yang sentiasa diperkatakan oleh pemimpin masyarakat, guru-guru, para pendakwah dan ibu bapa. Pelbagai usaha dijalankan bagi menangani gejala ini, termasuklah mencipta undang-undang dan hukuman bagi menghukum pesalah akhlak, namun jumlah kesalahan bukannya menurun malah makin terus menaik.

Dalam sebuah hadith, Nabi menunjukkan cara yang betul menyantuni seorang pemuda yang pernah melakukan kesalahan peribadi jenis yang tiada hukumannya di dunia. Pemuda itu telah mengaku sendiri dia pernah bercumbu di luar nikah secara bersembunyi dengan seorang perempuan di pinggir kota Madinah.

Kita selalu mendengar orang bercakap, “Jangan double standard!” Maksud double standard, kita tidak boleh mempunyai dua standard, di mana untuk diri kita sendiri kita mengamalkan satu standard lain, manakala untuk orang lain kita mahu mereka mengamalkan standard lain. Itu yang disebut double standard. 

Dalam sebuah hadith, ada ditunjukkan bahawa Nabi Muhammad mengamalkan prinsip double standard. Beliau mempunyai satu standard untuk diri beliau sendiri, pada waktu yang sama beliau mengizinkan orang lain mempunyai standardnya sendiri.

Salah satu tugas dan tanggung jawab ketua dan pemimpin adalah memperbaiki sikap dan tingkah laku anak-anak buahnya. Maksudnya, sekali-sekala ketua perlu menegur apabila melihat anak buahnya melakukan perkara yang tidak bagus.

Pada masa ini rata-rata ketua percaya bahawa kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak buahnya wajib ditegur. Mereka yakin menegur adalah cara yang betul bagi memperbaiki akhlak anak-anak buahnya. Mereka berpegang pada prinsip ‘amar makruf, nahi mungkar’ atau ‘suruh yang baik, tegah yang buruk’.

Menegur adalah tugas yang sukar. Risiko sosialnya banyak. Risiko yang paling serius adalah rosaknya hubungan baik. 

Pada masa ini persaingan sangat sengit. Syarikat gergasi yang sudah berusia lebih 100 tahun pun dapat ditewaskan oleh syarikat-syarikat yang ditubuhkan oleh anak-anak muda. Organisasi maju dan berkembang apabila kaki tangannya berfikir secara kreatif dan inovatif. 

Inilah kekuatan syarikat anak-anak muda. Mereka mencipta idea-idea yang kreatif dan inovatif. Tugas pemimpin organisasi adalah mendorong anak-anak buahnya supaya berani bercakap dan mengemukakan idea-idea mereka.

Tugas berfikir dan mencipta idea-idea baru adalah tugas yang sesuai diserahkan kepada staff ataupun orang bawahan. Namun sikap dominan pengerusi menysuarat boleh membantutkan proses berfikir secara kreatif para anggota mesyuarat.

Dalam suatu hadith Nabi menunjukkan cara yang betul supaya anak-anak buah suka membantu menyelesaikan masalah teknikal.

Pada masa ini golongan orang yang ‘baik-baik’ menjauhi golongan pendosa. Jangankan dengan pendosa besar, dengan pendosa kecil pun mereka tidak bergaul rapat dan mesra. Golongan orang baik-baik bercakap kepada golongan orang bukan baik-baik dari jarak jauh-jauh sahaja.

Mereka itu berdakwah kepada golongan pendosa, tetapi mereka berdakwah dari atas pentas, dengan berdiri di belakang rostrum, memegang mikrofon, bercakap di dalam konti radio, bercakap di depan kamera studio televisyen, terbaru mereka belajar bercakap live dalam media sosial. Mereka tidak duduk semeja sambil minum kopi dan bergurau senda dengan golongan pendosa.

Ada sebuah hadith yang di dalamnya terkandung laporan bagaimana seorang penagih arak selalu membuat Nabi ketawa. Diibaratkan dalam bahasa sekarang, mereka duduk semeja dan berbual-bual sambil minum kopi dan bergurau senda.

Tugas utama pemimpin dan ketua adalah mendorong anak-anak buahnya supaya mereka mahu berubah menjadi individu yang lebih baik. Itu adalah ciri gaya kepimpinan transformasi iaitu gaya kepimpinan yang paling baik dan berkesan.

Kepimpinan transformasi itu ibarat tugas mendorong pipit supaya berubah menjadi helang, ataupun mendorong keldai supaya berubah menjadi kuda. 

Bagaimanakah cara Nabi menjalankan sesi brainstorming?Prosedur brainstorming gaya Nabi mempunyai ciri-ciri persamaan dan perbezaan dengan prosedur brainstorming ciptaan Barat dan ciptaan Jepun.

Ada suatu hadis yang menunjukkan bagaimana cara Nabi menjalankan sesi brainstorming. Hadith ‘Bilal Baca Azan’

Bagaimanakah cara Nabi menjalankan sesi brainstorming?Prosedur brainstorming gaya Nabi mempunyai ciri-ciri persamaan dan perbezaan dengan prosedur brainstorming ciptaan Barat dan ciptaan Jepun.

Ada suatu hadis yang menunjukkan bagaimana cara Nabi menjalankan sesi brainstorming. Hadith ‘Bilal Baca Azan’

Dalam teori gaya kepimpinan Barat ada diterangkan dua jenis ketua dan pemimpin:

Ketua yang sangat people-oriented.
Ketua dalam kategori ini menganggap manusia sangat penting. Emosi sangat penting. Menjaga hati sangat penting.

Ketua yang sangat job-oriented.
Ketua jenis ini sangat mementingkan prestasi dan produktiviti. Bagi mereka kerja mesti selesai, kualiti mesti dijaga, target mesti dicapai

Gaya Kepimpinan Nabi
Nabi adalah ketua dan pemimpin yang seimbang antara ciri people-oriented dan job-oriented.




Kita biasa mendengar rungutan dan perasaan tidakpuas hati dari orang-orang bahawan terhadap ketua mereka yang dipuji itu oleh pucuk pimpinan.
Contohnya orang bawahan berkata: “Kita yang buat kerja terukteruk, tapi boss seorang yang dapat pujian.” Dalam sebuah hadith, Nabi ada menunjukkan cara betul memuji anak buahnya yang mempunyai kedudukan penting dan berprestasi cemerlang.

 

Hadith ‘Perempuan dan Wangian’ ini sesuai diaplikasi dalam kes menyelesaikan masalah yang kecil, yang tidak membahayakan keselamatan dan nyawa.Pada prinsipnya, hadith ini diaplikasi apabila ketua mahu melakukan perkara di bawah:

 1. Menghargai dan mengiktiraf perbuatan anak-anak buah ataupun orang bawahan yang melakukan kerja sukarela di luar tugas rasmi mereka. Dalam kes hadith ini, secara lazimnya kerja-kerja membersihkan dinding bangunan bukanlah kerja orang perempuan.

 2. Menghargai orang kecil yang membantu menyelesaikan masalah.

 3. Menghargai hasil kerja-kerja kecil yang dilakukan oleh orang-orang kecil.

 

Salah satu tugas ketua ataupun pemimpin adalah mendengar aduan dan rungutan dari anak-anak buah dan orang-orang bawahannya.Tugas mendengar aduan dan rungutan adalah beban sosial. Makin banyak aduan dan rungutan yang diterima, makin berat bebanan itu.

 Kesan negatif mendengar aduan dan rungutan:

 1. Aduan dan rungutan adalah salah satu sumber stress di tempat kerja.

 2. Stress menurunkan produktiviti.

 3. Stress itu boleh terbawa-bawa ke dalam kehidupan di luar waktu kerja.

 4. Stress juga menjadi punca banyak penyakit yang serius.

 Biarpun mendengar aduan dan rungutan menimbulkan banyak kesan negatif, namun sesi mendengar aduan dan rungutan adalah tugas rasmi yang terpaksa dipikul oleh ketua dan pemimpin

 

Apabila kita menjadi ketua ataupun pemimpin, prestasi kita ditentukan oleh kerja-kerja yang dilakukan oleh anak-anak buah ataupun orang bawahan kita.Apabila kita pandai mendorong mereka rajin bekerja, prestasi kita naik.Apabila kita tidak pandai mendorong mereka, mutu kerja mereka rendah,
prestasi kita pun rendah.

 Salah satu tugas kita adalah mengeluarkan suruhan dan arahan kepada anak-anak buah ataupun orang bawahan supaya mereka lakukan sesuatu pekerjaan. Andainya kita bekerja dalam syarikat ataupun dalam perkhidmatan awam, kita mempunyai kuasa menyuruh dan mengarah orang-orang
bawahan kita.

 Atas nama jawatan rasmi yang disandang kita mempunyai kuasa menyuruh arah orang lain. Apabila kita tidak lagi menyandang
jawatan itu kuasa itu pun hilang.

Dalam hadith ‘Bilakah Hari Kiamat’ terdapat bukti Nabi adalah ketua dan pemimpin dari generasi tua yang dikasihi oleh anak buahnya yang masih muda. Dalam hadith itu juga Nabi menunjukkan teknik yang betul mendorong orang muda yang pengetahuan agamanya masih rendah dan ibadatnya tidak banyak supaya mereka mahu meningkatkan lagi amal ibadat mereka.

Dalam hadith ‘Kencing di Dalam Masjid’ itu, ada orang kampung yang datang ke masjid. (Masjid Nabi di bandar Madinah.)

Waktu itu Nabi ada di situ bersama-sama dengan anak-anak buahnya. Lelaki itu masuk kawasan masjid lalu kencing. (Binaan masjid Nabi pada asalnya dulu sangat simpel. Ia dibina menggunakan batang pokok kurma sebagai tiang dan daun pelepah kurma sebagai atapnya, manakala lantainya masih pasir sahaja. Dalam bahasa hari ini binaan macam itu disebut bangsal.)

Pada masa ini anak-anak muda yang bermasalah tidak dapat didekati oleh pemimpin-pemimpin masyarakat yang mahu mengubah tingkah laku mereka supaya menjadi baik.Semakin cuba didekati oleh orang baik-baik, semakin anak-anak muda yang bermasalah itu lari menjauhkan diri.

Mereka tidak mahu ke surau, ke masjid, ke majlis agama, dan tidak mahu mendengar ceramah agama.

Beberapa tingkah laku orang baik-baik yang menyebabkan anak-anak muda bermasalah itu menjauhkan diri mereka:

  1. Melabelkan anak-anak muda itu dengan label-label negatif.
  1. Mencadangkan supaya kerajaan mengadakan undang-undang yang lebih berat bagi menghukum kesalahan akhlak yang dilakukan anak-anak muda itu.
  1. Bercakap dalam ceramah dengan kata-kata yang memburuk-burukkan anak-anak muda bermasalah itu semacam mereka itu sampah masyarakat.

Ada sebuah hadith yang menunjukkan (i) cara yang salah dan (ii) cara yang betul bagaimana hendak mendekati dan menyantuni anak-anak muda yang bermasalah.

Dalam amalan lazim, apabila kita mempunyai sesuatu pendapat yang kita yakini betul, kita akan terangkan pendapat kita itu. Kita akan buktikan pendapat kita betul. Kita mahu orang lain faham mengapa pendapat kita itu betul, dan supaya mereka setuju dengan pendapat kita itu.

 

Apabila ada mana-mana pihak menentang pendapat kita, kita tidak dapat nak ambil sikap diam sahaja, tidak bercakap, tidak membela pendapat kita itu.Kita mesti nak bercakap, nak bela pendapat kita sampai orang faham. Selagi orang tak faham, selagi itu kita akan bercakap.

 

Apabila orang tetap tidak mahu faham, tetap mengatakan pendapat kita salah, kita sanggup bermusuh dengan mereka atas nama membela kebenaran.Dalam berdepan dengan orang-orang yang tidak sependapat dengan kita, kita tidak dapat hendak mengamalkan sikap toleransi dan co-existence.

Ada 3 jenis masalah peribadi:

 

  1. Masalah di mana punca dan solusinya adalah di luar kawalan pekerja itu. Sebagai contoh, masalah yang berkaitan kehilangan orang yang disayangi akibat ajal sehingga menyebabkan tekanan kejiwaan dan perasaan.
  1. Masalah di mana punca dan solusinya adalah dalam kawalan pekerja itu. Sebagai contoh, masalah kewangan.
  1. Masalah tekanan mental dan emosi sehingga pekerja tidak dapat berfikir dengan tenang. Sebagai contoh, masalah dalam hubungan rumahtangga dan percintaan.

 

Dalam kalangan majikan, ada 2 cara menangani masalah peribadi pekerja:

Dalam amalan biasa, apabila pemimpin dan ketua membuat keputusan, mereka akan terangkan alasan-alasan yang diambil kira di sebalik keputusan yang dibuat itu. Tujuan pemimpin ataupun ketua memberikan alasan-alasan itu adalah:

  1. Supaya orang bawahannya faham mengapa keputusan ataupun arahan itu dibuat.
  1. Supaya orang bawahannya mahu terima dan sokong keputusan ataupun arahan itu.
  1. Supaya mereka komited melaksanakan arahan ataupun mematuhi keputusan itu.

Sebaliknya, apa yang lazimnya berlaku selepas alasan-alasan itu diterangkan kepada orang-orang bawahan mereka, golongan yang tidak bersetuju dengan keputusan itu akan menolak dengan cara-cara di bawah

Banyak ketua-ketua mengeluh kerana mereka berasa beban kerja mereka sangat banyak dan berat.Antara keluhan ketua yang biasa kedengaran adalah :

1. Orang bawahan mereka bekerja secara pasif. Mereka tiada inisiatif. Mereka tunggu arahan sahaja. Ada arahan, baru mereka buat kerja itu 

2. Mereka tidak mahu berfikir. Mereka meneruskan cara-cara lama. Mereka tidak mahu mencari cara-cara baru menjalankan kerja mereka. 

3. Apabila nampak problem, mereka tidak mahu berfikir sendiri macam mana hendak menyelesaikan problem itu. Mereka cuma melaporkan problem itu kepada ketua dan tunggu ketua yang berfikir mencarikan solusinya.

4. Apabila diminta supaya mereka kemukakan cadangan idea-idea baru, mereka tidak mahu memberi cadangan.

 Salah satu faktor yang menyebabkan orang bawahan tidak mahu memberi apa-apa cadangan adalah mereka itu khuatir andainya mereka beri cadangan nanti si ketua akan suruh mereka yang jalankan idea itu.

Dalam budaya Asia, apabila seseorang itu dilantik menjadi ketua, secara langsung dia juga bertanggungjawab menjadi pemimpin, mentor, dan kaunselor kepada anak-anak buah dan orang-orang bawahannya. Begitu juga dalam dunia bisnes, apabila kita menjadi majikan, secara langsung kita juga diharapkan menjadi ketua, pemimpin, mentor dan kaunselor kepada pekerja kita.

 Sebagai ketua, apabila kita mempunyai banyak orang bawahan yang terdiri daripada perempuan, mahu tidak mahu akan berlaku kes di mana pekerja perempuan datang bagi mendapatkan nasihat berkenaan masalah rumah tangga.

Ekonomi berkembang pesat, namun pada masa yang sama pelbagai masalah sosial juga berkembang pesat. Situasi itu menjadi cabaran kepada mereka yang bergiat dalam aktiviti membantu golongan bermasalah supaya mereka berubah.

 

Bagi sesetengah orang, semakin mereka cuba hendak menolong dan mengubah golongan bermasalah itu, semakin golongan bermasalah itu membenci mereka dan menjauhi mereka. Dalam sebuah hadith Nabi menunjukkan bagaimana orang baik mungkin tidak sangka bahawa sebenarnya dia membantu kerja-kerja syaitan.

Bagaimanakah cara Nabi menjalankan sesi brainstorming?Prosedur brainstorming gaya Nabi mempunyai ciri-ciri persamaan dan perbezaan dengan prosedur brainstorming ciptaan Barat dan ciptaan Jepun.

Ada suatu hadis yang menunjukkan bagaimana cara Nabi menjalankan sesi brainstorming. Hadith ‘Bilal Baca Azan’

Banyak ketua-ketua komplen tentang perangai buruk orang bawahan mereka yang bekerja macam tak gunakan otak. Orang bawahan mereka bekerja secara pasif, kata pepatah: Macam pahat, selagi tidak diketuk, pahat itu tidak bekerja. Si ketua menjadi sangat stress.

Contohnya:

1. Mereka nampak keadaan yang tidak betul, tidak bersih, tidak tersusun, tetapi mereka buat tak tahu sahaja.

2. Semua kerja tunggu disuruh dulu, selagi tidak disuruh mereka tidak mahu buat kerja itu.

3. Apabila disuruh buat kerja, mereka tak mahu fikir sendiri macam mana hendak buat kerja itu. Mereka tanya macam mana nak buat.

4 Jika ada problem, mereka tidak mahu ambil daya usaha berfikir sendiri macam mana nak selesaikan problem itu.

5. Mereka cuma beritahu si ketua, ada problem. Mereka tunggu sampai si ketua beritahu macam mana hendak selesaikan problem itu, baru mereka selesaikan.

 

Apabila orang-orang bawahan tidak mahu berfikir sendiri, akibatnya produktiviti mereka rendah. Mereka tidak mampu mencapai target kerja yang tinggi.

 

Pemimpin dan ketua-ketua mempunyai banyak anak buah dan orang bawahan. Hati mereka semua perlu dijaga, jangan sampai ada yang kecil hati, jauh hati, sakit hati. Salah satu isu yang berlaku dalam kalangan orang-orang bawahan adalah perasaan tidak puas hati atas layanan ketua. Dalam politik pejabat, walaupun ketua cuba melayan semua anak buahnya dengan adil dan saksana, akan sentiasa ada orang yang tidak puas hat

Ahli-ahli politik sentiasa bermain dengan strategi dan taktikal.

 

Pemimpin-pemimpin politik pada peringkat atasan mesti mempunyai penasihat dalam hal-hal strategi politik.

 

Tugas ahli-ahli strategi politik:

 

  1. Membaca dan memahami strategi dan taktikal pihak-pihak lawan.
  1. Mendesain strategi dan taktikal politik untuk kegunaan sendiri.

Salah satu aplikasi hadith adalah dalam bidang mendesign strategi dan taktikal politik. Pada masa ini bidang ini belum digali dengan mendalam dan meluas. Ahli-ahli politik yang beragama Islam tidak mempunyai panduan praktikal yang mudah dan jelas dari hadith. Panduan praktikal seperti itu diperlukan dalam menjalankan kerja-kerja rutin yang mereka jalankan sebagai ahli politik.

 

Dalam hadith ‘Kenang Daku Dalam Doamu’ itu Nabi menunjukkan jenis permintaan yang seseorang ketua boleh minta dari orang bawahannya. Pada masa yang sama dengan membuat permintaan itu Nabi juga membuatkan anak buahnya sangat gembira. Nabi adalah ketua. Umar adalah anak buahnya. Cara Nabi menggembirakan Umar adalah dengan meminta doa dari anak buahnya itu.

 

Umar pernah meminta izin beliau mahu pergi menunaikan ibadah umrah, Nabi pun memberi keinzinan. Selepas itu Nabi meminta supaya semasa Umar berdoa dia ingat kepadanya. Kata Nabi kepada Umar, “Jangan lupakan daku dalam doamu, wahai saudaraku.” Permintaan Nabi itu membuat Umar tersangat gembira.

Kesan-kesan bersangka baik ke atas tingkah laku anak buah dan orang bawahan:

 

  1. Pandangan dan pendapat si ketua mudah diterima.
  1. Nasihat si ketua mudah diterima.
  1. Cadangan dan idea si ketua mudah diterima.
  1. Keputusan si ketua mudah diterima dan disokong.
  1. Arahan dan suruhan si ketua mudah diterima dan dipatuhi.

Itu semua menjadikan kepimpinan si ketua itu lebih efektif. Dalam sebuah hadith Nabi ada menunjukkan bagaimana beliau sebagai pemimpin dan ketua mengamalkan prinsip sangka baik yang sangat tinggi.

Banyak orang percaya seseorang yang hendak membuka bisnes ataupun dilantik menjadi ketua pasukan mesti mempunyai kepakaran teknikal dalam bidangnya.

 

Kepercayaan macam itu datang daripada sangkaan:

 

  1. Ketua yang tidak mempunyai kepakaran teknikal akan mudah dapat dibohongi oleh orang-orang bawahannya. Disebabkan dia bukan pakar bidang, dia tidak tahu apabila dia dibohongi.

 

  1. Ketua yang tidak mempunyai kepakaran teknikal tidak akan dihormati oleh orang-orang bawahannya.

 

  1. Tugas ketua adalah memberi tunjuk ajar kepada orang-orang bawahannya dalam perkara-perkara teknikal yang mereka tidak tahu.

 

  1. Ketua pasukan hendaklah mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah-masalah teknikal yang berlaku.

Dalam cara tradisional, apabila pemimpin dan ketua mahu menggalakkan anak-anak buahnya melakukan perbuatan yang baik, mereka menerangkan alasan-alasan yang logikal, yang sangat masuk akal.

Sebagai contoh, apabila majikan menyuruh pekerja supaya mematikan semua suis lampu, kipas, dan penghawa dingin sebelum pulang, majikan akan terangkan mengapa perkara itu mesti dilakukan. Antara alasan logikal yang diberikan adalah penjimatan bil elektrik.

Dalam teori daya pengaruh, alasan-alasan logikal tidak berapa berpengaruh.

Apabila pekerja tidak patuh pada suruhan itu, majikan menggunakan peraturan disiplin, ancaman, dan hukuman.

Ada suatu hadith yang menunjukkan bagaimana Nabi mendorong anak-anak buahnya supaya mereka bersikap sivik, yakni mereka mahu secara sukarela melakukan kebaikan untuk orang-orang lain.

Apakah kita perlu tegur kesilapan itu ataupun kita diam sahaja. Apabila ditegur, meskipun niat kita baik, akibatnya belum tentu baik. Ada risiko sosial apabila kita menegur kesilapan orang. Orang itu mungkin tidak suka, lalu dia menjauhkan dirinya daripada kita. Hubungan yang sebelumnya baik menjadi renggang.

Manusia tidak suka dirinya ditegur, dikritik, dan dikatakan salah. Perkara itu menjatuhkan self-esteem atau air mukanya. Ada banyak panduan membetulkan kesilapan orang lain yang diterangkan dalam buku-buku komunikasi tulisan pakar-pakar Barat.

Di sebalik teknik-teknik komunikasi Barat itu adalah prinsip menegur kesilapan dengan cara-cara yang tidak merosakkan hubungan baik. Antara prinsip komuniukasi Barat yang amat praktikal adalah prinsip memisahkan diri orang yang melakukan kesilapan itu dengan kesilapan yang dilakukannya.

Pekerjaan mengajak orang di sekeliling kita supaya mahu menambah dan memperbaiki lagi amalan-amalan keagamaan mereka adalah pekerjaan yang sukar. Walapaun niat kita baik, hasilnya belum tentu baik.

Kita ajak mereka supaya melakukan ibadah-ibadah yang lebih baik, tetapi kesan usaha itu banyak yang tidak baik, seperti mereka tidak suka pada kita, membenci kita, kita dijauhi, kita dikata dan diumpat.

 Antara umpatan mereka adalah, mereka mengata kita orang suka memandang rendah dan hina kepada orang lain, kita suka menyibuk masuk campur urusan peribadi orang lain, kita riak dengan amalan sendiri, kita yakin kita sudah tentu masuk syurga manakala orang lain masuk neraka, kita perasan kita baik sangat, dan macam-macam lagi umpatan.

Individu yang mempunyai konsep diri “Aku usahawan berjaya.” mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi daripada individu yang mempunyai konsep diri “Aku usahawan kecil.”

Konsep diri seseorang itu sangat dipengaruhi oleh feedback atau maklum balas yang diterima dari orang-orang lain di sekelilingnya. Label-label adalah sejenis maklum balas.

 Apabila seseorang itu sejak kecil lagi sudah biasa menerima maklum balas positif daripada ibu bapa, adik beradik, guru-guru dan kawan-kawannya, maklum balas itu mendorongnya membina konsep diri positif. Konsep diri adalah bayangan apa yang orang-orang lain kata tentang diri kita. Apabila orang di sekeliling kita selalu mengatakan kita pandai, lama kelamaan kita mula yakin kita seorang yang pandai.

BONUS KHAS UNTUK 1000 PEMBELI PERTAMA. SESI ZOOM PERCUMA
Bersama Puan Ainon.

Kami faham mungkin anda kurang faham @ kefahaman anda lain dari yang sepatutnya. Oleh itu, kami akan beri sesi Zoom bersama Puan Ainon Mohd. 

Dengan harapan, anda boleh dapat kefahaman yang lebih tepat. Seterusnya, dapat mengaplikasikan dalam organisasi @ syarikat anda. 

Ringkasan, Apa Yang Anda Dapat Dalam Pakej Panduan Lead Like Muhammad?

(Panduan Dalam Halaman Website.)

ISI BORANG TEMPAHAN

Early Bird RM 149