Nabi Muhammad Menegur Kesilapan Teknikal

Salah seorang sahabat Nabi Muhammad bernama Abu Musa. Dia melaporkan bahawa dia pernah bersama dengan Nabi Muhammad dalam satu perjalanan. Lalu ada orang-orang yang bertakbir dengan suara kuat.

Nabi Muhammad berkata, “Wahai saudara-saudara sekalian, kasihanilah dirimu! Sesungguhnya kalian tidak berdoa kepada seorang yang tuli dan jauh, tetapi kalian berdoa kepada Zat yang maha mendengar lagi maha dekat, dan Dia bersama kalian.”

– Hadith nombor 1893 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim

Hadith ini adalah hadith paling jelas menunjukkan bagaimana suatu perbuatan salah yang dilakukan secara beramai-ramai telah ditegur oleh Nabi Muhammad.

Dalam kes ini kesalahan yang dilakukan oleh kumpulan telah ditegur ke atas semua anggota kumpulan itu.

Sebelum memberitahu apa kesalahan yang mereka lakukan, Nabi Muhammad terlebih dahulu berkata kepada mereka: “Wahai saudara-saudara sekalian, kasihanilah dirimu!….”

Ayat itu dengan jelas menunjukkan bahawa teguran itu ditujukan kepada semua orang yang melakukan kesalahan itu.

Intipati hadith:

  1. Apabila kesalahan dilakukan oleh sekumpulan orang, teguran diberikan kepada semua anggota kumpulan itu.
  2. Kesalahan yang dilakukan itu adalah kesalahan teknikal berkenaan cara mereka menjalan suatu pekerjaan.
  3. Mereka yang melakukan kesilapan teknikal itu diberi penerangan berkenaan perkara-perkara teknikal bagi menerangkan mengapa cara kerja mereka itu salah.

Aplikasi hadith:

  1. Hadith ini adalah hadith teguran yang diberikan kepada sekumpulan orang yang telah melakukan suatu kesilapan teknikal secara beramai-ramai.
  2. Dalam hadith ini mereka melakukan pekerjaan yang baik, yakni berzikir. Tetapi kesilapan yang mereka lakukan itu adalah kesilapan teknikal semasa mereka berzikir, di mana mereka berzikir dengan kuat.
  3. Teguran itu diberikan serta-merta, yakni semasa kesilapan itu masih sedang dilakukan, yakni Nabi Muhammad tidak menggu mereka selesai berzikir baru teguran diberikan.
  4. Perkara yang ditegur adalah kesilapan cara kerja mereka, bukan diri orang-orang yang melakukan perbuatan salah itu.

Contoh aplikasi teknik dalam hadith ini: Ada perempuan yang melakukan kesilapan apabila memakai tudung di mana jambulnya masih dapat dilihat.

Memakai tudung adalah perbuatan yang betul. Kesilapannya adalah pada teknik tudung itu dipakai. Terangkan kepadanya teknik yang betul memakai tudung. Jangan dikritik, dikutuk dan jangan dihina diri perempuan itu.

Mahu Belajar Lebih Lanjut Teknik Nabi Dalam Memimpin?

(KLIK Banner Di Bawah)

Ada soalan & pendapat? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca Artikel Kami Yang Lain