Nabi Muhammad Menjaga Kepuasan Pelanggan

Seorang sahabat Nabi Muhammad yang bernama Huzaifah melaporkan, pada suatu hari ada rombongan wakil penduduk negeri Najran datang berjumpa Nabi Muhammad.

Mereka berkata, “Wahai Rasul Allah, hantarkanlah untuk kami seorang lelaki yang dapat dipercayai.” Lalu Nabi Muhammad menjawab, “Baiklah, saya akan hantarkan seorang lelaki yang amat dipercayai. Dia benar-benar dipercayai. Benar-benar dipercayai.”

Menurut Huzaifah, orang-orang pun memikir-mikirkan siapa gerangan lelaki itu. Akhirnya, terbukti Nabi Muhammad menghantarkan Abu Ubaidah bin Jarrah.

– Hadith No. 1651 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim

Hadith ini adalah hadith yang paling jelas menunjukkan bagaimana Nabi Muhammad memenuhi permintaan klien dengan cara memberikan apa yang diminta itu tepat sebagaimana yang diminta, malah lebih baik lagi.

Penduduk negeri Najran baru sahaja menerima Islam. Mereka menghantar wakil berjumpa Nabi Muhammad dengan hasrat meminta supaya beliau menghantar seorang pegawai ke negeri mereka bagi membantu pengurus penduduk di negeri itu.

Mereka menyebut dengan jelas kriteria pegawai tersebut sebagai ‘seorang lelaki yang dapat dipercayai’.


Hadith ini juga menunjukkan teknik komunikasi interpersonal bagi meyakinkan hati orang dengan keyakinan yang sangat tinggi, iaitu dengan mengulang-ulang kata-kata orang itu sendiri.

Dalam peristiwa itu rombongan dari negeri Najran menggunakan perkataan “….dapat dipercayai.” Nabi Muhammad menjawab dengan menggunakan perkataan “…amat dipercayai. ….benar-benar dipercayai. Benar-benar dipercayai.”

Prinsip dalam hadith ini sangat relevan dalam dunia bisnes kerana ia seleras dengan fungsi memenuhi keperluan pelanggan dan meningkatkan kepuasan pelanggan.

Dalam peristiwa itu rombongan dari Najran meminta orang yang ‘DAPAT dipercayai’. Apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad, beliau memberikan orang yang ‘AMAT dipercayai’, malah orang yang ‘BENAR-BENAR dipercayai.’

Mahu Belajar Lebih Lanjut Teknik Nabi Dalam Memimpin?

(KLIK Banner Di Bawah)

Ada soalan & pendapat? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca Artikel Kami Yang Lain