Nabi Muhammad Tidak Menghukum Kesalahan yang Tiada Hukumannya di Dunia

Salah seorang sahabat Nabi Muhammad bernama Abu Hurairah. Dia melaporkan bahawa Nabi Muhammad pernah lalu di hadapan orang yang menjual selonggok buah kurma.

Beliau memasukkan tangannya ke dalam longgokan buah kurma itu, lalu tangan beliau terkena pada buah basah di dalamnya. Nabi Muhammad bertanya kepada orang itu, “Apakah ini, wahai penjual kurma?”

Orang itu menjawab, “Ia ditimpa hujan dari langit, wahai Rasulullah.”

Beliau berkata, “Tidakkah saudara letakkannya di atas, supaya diketahui oleh orang yang akan membelinya? Sesiapa yang menipu, dia bukan daripada golonganku.”

– Hadith nombor 947 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim

Analisis Hadith

1. Hadith ini adalah hadith yang paling jelas dan terang menunjukkan bahawa bagi jenis kesalahan yang tidak ada hukumannya di dunia maka Nabi Muhammad juga tidak menghukum kesalahan itu di dunia.

2. Dalam hadith itu ada seorang peniaga buah kurma yang melakukan penipuan pada cara dia mengiklankan jualannya.

Dalam kes ini, cara bagaimana dia mengiklankan buah-buah kurma jualannya adalah dengan menyembunyikan kurma yang basah oleh air hujan di bahagian dalam longgokan buah itu.

Jadi, pembeli tidak dapat melihat buah yang rosak lalu menyangka buah jualannya semua dalam keadaan mutu yang baik.

3. Kesalahan peniaga itu adalah memberikan gambaran yang salah berkenaan kualiti produknya. Dalam erti kata yang lain peniaga itu melakukan penipuan.

Jenayah menipu dalam pengiklanan produk adalah jenayah yang tidak ada hukumannya di dunia.

4. Dalam ini Nabi Muhammad menunjukkan strategi dan teknik yang beliau gunakan bagi mendorong perubahan tingkah laku ke atas seorang penjenayah perniagaan yang melakukan kesalahan di mana hukuman bagi kesalahan itu tidak ada dalam dunia, melainkan di akhirat sahaja.

5. Pada peristiwa ini apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad bagi memadam sikap tingkah laku buruk seorang penjenayah perniagaan, yakni supaya penjenayah itu memberhentikan perbuatan buruknya itu adalah semata-mata dengan menggunakan kata-kata sahaja.

6. Nabi Muhammad menunjukkan bahawa kata-kata adalah alat yang berkesan bagi mendorong perubahan tingkah laku.

Tetapi bukan semua perkataan dapat mendorong perubahan tingkah laku dari yang negatif kepada kepada yang positif laku, malah ada kata-kata yang boleh menyebabkan berlakunya kesan-kesan sampingan yang lebih buruk daripada sikap dan tingkah laku buruk yang hendak dipadam.

NOTA: Banyak sekolah mengenakan hukuman fizikal ke atas pelajar bagi ‘kesalahan’ yang sebenarnya adalah:

a. Ia bukan kesalahan di sisi Tuhan, seperti bising, terlelap, tidak menyiapkan kerja sekolah dan lain-lain.

b. Kesalahan itu adalah kesalahan yang tidak ada hukumannya di dunia seperti berkuku panjang, menyikat rambut gaya bintang rock, memanjat pagar asrama dan lain-lain.

Mahu Belajar Lebih Lanjut Teknik Nabi Dalam Memimpin?

(KLIK Banner Di Bawah)

Ada soalan & pendapat? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca Artikel Kami Yang Lain