Nabi Muhammad Tidak Mengucapkan ‘Terima kasih.’

Hadith ‘Nabi Tidak Dapat Tidur’

Aisyah melaporkan, katanya, “Pada suatu malam Rasulullah tidak dapat tidur. Lalu beliau berkata, ‘Mudah-mudahan ada lelaki soleh daripada kalangan sahabatku yang akan datang menjagaku pada malam ini.’

Kemudian kami terdengar bunyi senjata. Rasulullah bertanya, ‘Siapakah itu?’ Orang itu berkata, ‘Saad bin Abu Waqas, wahai Rasulullah.’

Rasulullah bertanya, ‘Apakah yang membuatkan saudara datang?’ Saad menjawab, ‘Terdetik dalam diri saya perasaan risau tentang Rasulullah. Lalu saya datang bagi menjaga tuan.’

Rasullullah berdoa untuknya, kemudian tidur.”

– Hadith ini terdapat dalam rekod koleksi sahih Muslim

Nota: Dalam rekod lain dicatatkan bahawa Aisyah melaporkan Nabi Muhammad tidur sampai dia dapat mendengar dengkurannya.

Analisis hadith:

1. Hadith ini menunjukkan teknik bagaimana Nabi Muhammad menyatakan rasa penghargaan kepada seseorang yang telah melakukan kebaikan kepada beliau.

2. Dalam hadith ini Saad bin Abu Waqas secara sukarela menjadi pengawal peribadi dan dia menjaga keselamatan Nabi Muhammad semasa beliau tidur.

3. Nabi Muhammad tidak berkata “Terima kasih.” kepada Saad.

4. Nabi Muhammad membalas perbuatan baik Saad itu dengan membacakan doa untuknya.

5. Prinsip yang penting dalam hadith ini adalah: Budi baik dibalas dengan budi baik, bukan dengan ucapan ‘terima kasih’.

i. Saad bin Abu Waqas melakukan budi baik untuk Nabi Muhammad. Dia menjaga keselamatan Nabi Muhammad.

ii. Nabi Muhammad membalas budi baik Saad itu dengan melakukan budi baik juga untuk Saad. Beliau membaca doa untuk Saad.

Mahu Belajar Lebih Lanjut Teknik Nabi Dalam Memimpin?

(KLIK Banner Di Bawah)

Ada soalan & pendapat? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca Artikel Kami Yang Lain