Prinsip-Prinsip Motivasi Nabi Muhammad untuk Majikan Gunakan bagi Mendorong Pekerja

Abu Hurairah melaporkan bahawa Nabi Muhammad pernah berkata:

“Apabila seorang hamba menyediakan makanan untuk tuannya, kemudian dia datang dalam keadaan dia sudah merasai kepanasan dan asap bau makanan itu,

Suruhlah hamba itu duduk bersama tuannya dan makan. Seandainya makanan itu sedikit, maka letaklah makanan di tangannya satu ataupun dua suap.”

– Hadith nombor 3150 dalam rekod hadith-hadith autentik koleksi Bukhari

Hadith di atas adalah dalam konteks hubungan antara majikan dan pekerja.

Analisis Hadith

Hadith ini adalah hadith yang paling jelas menunjukkan Nabi Muhammad mengiktiraf peranan penting apa yang disebut ‘ganjaran material’ ke atas motivasi pekerja.

Beberapa prinsip penggunaan ganjaran material sebagai alat mendorong semangat bekerja yang dapat digali dari hadith ini adalah:

  1. Objek yang dijadikan ganjaran itu adalah benda yang diingini oleh pekerja.

Sebagai contoh, duit adalah ganjaran yang diingini oleh pekerja. Contoh ganjaran yang mungkin tidak diingini oleh pekerja adalah ganjaran pergi melancong. Si majikan mungkin suka pergi melancong, tetapi pekerja lebih mahukan duit tunai sebab dia mahu membeli kereta.

  1. Objek itu adalah objek yang juga disukai oleh majikan.

Duit adalah benda yang diingini oleh pekerja dan juga oleh majikan. Contoh ganjaran yang mungkin tidak disukai oleh majikan adalah memberi kain batik kepada pekerja, sedangkan si majikan sendiri tidak suka memakai kain batik.

  1. Ganjaran diberikan serta-merta, tidak ditangguh-tangguhkan.

Sebagai contoh, majikan memberi komisen mingguan ataupun bulanan kepada pekerja, selain gaji.

  1. Majikan sendiri yang memberikan ganjaran itu.

Sebagai contoh, majikan yang membuat keputusan mahu menaikkan bonus untuk pekerjanya, bukan kerana terpaksa atas tuntutan dan ugutan pekerja.

  1. Ganjaran tetap diberikan kepada pekerja meskipun sedikit.

Ertinya bonus tetap diberikan asalkan sahaja pekerja sudah menjalankan kerjanya dengan baik, tidak dikenakan kriteria-kriteria yang dibuat oleh majikan bagi menyusah-nyusahkan pekerja menerima ganjarannya.

  1. Pekerja yang diberikan ganjaran adalah pekerja yang bekerja.

Mahu Belajar Lebih Lanjut Teknik Nabi Dalam Memimpin?

(KLIK Banner Di Bawah)

Ada soalan & pendapat? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca Artikel Kami Yang Lain