Skrip Motivasi Pencapaian Target Gaya Nabi Muhammad

Aplikasi Hadith ‘Masuk Syurga’

Abu Hurairah melaporkan bahawa pada suatu masa Nabi Muhammad pernah bertanya: “Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang berpuasa pada hari ini?” Abu Bakar menjawab, “Saya.”

Beliau bertanya lagi: “Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini menghantar jenazah?” Abu Bakar menjawab, “Saya.”

Beliau bertanya lagi: “Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini memberi orang miskin makan?” Abu Bakar menjawab, “Saya.”

Beliau bertanya lagi: “Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang hari ini melawat orang sakit?” Abu Bakar menjawab, “Saya.”

Lalu Nabi Muhammad berkata: “Seseorang yang melakukan perkara-perkara tersebut sudah tentu masuk syurga.”

– Hadith No. 543 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim

Intipati hadith:

  1. Ayat tanya boleh menjadi alat mendorong yang efektif.
  2. Perkara yang ditanyakan mestilah perkara yang mulia.

Aplikasi hadith:

1. Hadith ini adalah hadis motivasi. Dalam kes ini motivasi itu adalah motivasi mahu masuk syurga.

2. Hadith ini sesuai digunakan bagi mendorong audiens supaya mahu mencapai target kejayaan peribadi.

3. Cara motivasi ini dilakukan: Senaraikan perkara-perkara yang menjadi syarat kejayaan. Kemudian tanya mereka satu persatu syarat itu.

Contoh aplikasi di dalam bilik darjah:

  • “Siapakah antara kamu semua yang hari ini menyiapkan latihan?” (BETUL)
  • “Siapakah antara kamu semua yang hari ini tidak tidur dalam kelas saya?” (BETUL)
  • “Siapakah antara kamu semua yang hari ini mendengar saya bercakap?” (BETUL)
  • “Siapakah antara kamu semua yang hari ini faham apa yang dipelajari?” (BETUL)

Kemudian terangkan signifikans jawapan kepada 4 soalan itu: “Sesiapa yang melakukan 4 perkara itu layak lulus peperiksaan dengan cemerlang.”

Mahu Belajar Lebih Lanjut Teknik Nabi Dalam Memimpin?

(KLIK Banner Di Bawah)

Ada soalan & pendapat? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca Artikel Kami Yang Lain