Teknik Bagaimana Nabi Muhammad Mendorong Orang Supaya Suka Bertanya

Abu Hurairah menceritakan bahawa beliau pernah bertanya kepada Nabi Muhammad,

“Wahai Rasul Allah, siapakah manusia yang paling bahagia kerana mendapat syafaat tuan pada hari kiamat?”

Nabi Muhammad menjawab, “Sesungguhnya saya menyangka, wahai Abu Hurairah, bahawa tidak akan ada seorang pun yang bertanya kepada saya tentang hadith ini lebih dahulu daripada saudara. Saya lihat saudara amat serius tentang hadith.

Manusia yang paling bahagia mendapat syafaat saya pada hari kiamat adalah sesiapa yang berkata La ilaha illa Allah dengan ikhlas dari lubuk jiwanya.”

– Hadith ini direkodkan dalam koleksi hadith autentik al-Bukhari

Aplikasi hadith:

Hadith ini sesuai digunakan dalam proses mengajar.

  1. Puji pelajar yang paling awal bertanya.
  2. Puji perbuatan dia bertanya itu, kemudian baru jawab pertanyaannya.

Teknik Nabi Muhammad:

  1. Nabi Muhammad mendahulukan memuji perbuatan Abu Hurairah bertanya, kemudian barulah beliau menjawab pertanyaan Abu Hurairah itu.
  2. Isi kandungan kata-kata pujian Nabi Muhammad kepada Abu Hurairah itu ada 2 bahagian:

i. Beliau memang sudah menduga Abu Hurairah menjadi orang yang pertama sekali bertanya.

ii. Bahawa Abu Hurairah seorang yang sangat serius tentang hadith.

Teknik dalam hadith ini dapat mendorong pelajar-pelajar berebut-rebut menjadi orang pertama bertanya.

Mahu Belajar Lebih Lanjut Teknik Nabi Dalam Memimpin?

(KLIK Banner Di Bawah)

Ada soalan & pendapat? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca Artikel Kami Yang Lain