Teknik Komunikasi Persuasif Nabi Muhammad: Mendahulukan Pujian Sebelum Menyuruh Kerja Berat

Muaz bin Jabal memberitahu bahawa beliau pernah bertanya kepada Nabi Muhammad: “Wahai Rasul Allah, terangkan kepada saya amalan yang dapat memasukkan saya ke dalam syurga.”

Nabi Muhammad berkata, “Bakh! Bakh! Sesungguhnya saudara telah bertanyakan suatu soalan yang agung. Ia menjadi mudah bagi sesiapa yang diberi kemudahan oleh Allah. Lakukanlah sembahyang yang ditetapkan, dan bayarlah zakat yang diwajibkan.”

– Hadith ini direkodkan dalam Musnad Abu Daud.

Salah satu tugas ketua-ketua adalah mendorong anak-anak buahnya supaya mahu menjalankan pekerjaan yang berat.

Analisis Hadith

Dalam hadith di atas Nabi Muhammad menunjukkan strategi yang beliau gunakan apabila mendorong Muaz bin Jabal supaya melakukan 2 pekerjaan berat itu.

Contoh 2 pekerjaan yang berat adalah:

1. Melakukan sembahyang 5 kali sehari semalam tiap-tiap hari seumur hidup baik dalam keadaan sihat ataupun sakit.

2. Membayar cukai pendapatan dan harta kekayaan yang disebut ‘zakat’.

Strategi yang beliau gunakan adalah memulakan ucapan dengan menggunakan ayat-ayat pujian:

“Bakh! Bakh! Sesungguhnya saudara telah bertanyakan suatu soalan yang agung. Ia menjadi mudah bagi sesiapa yang diberi kemudahan oleh Allah.”

Kemudian baru disebutkan 2 pekerjaan berat itu: “Lakukanlah sembahyang yang ditetapkan, dan bayarlah zakat yang diwajibkan.”

Formulanya: 2 ayat pujian + 1 ayat suruhan

NOTA: Apabila Nabi Muhammad memuji, yang beliau puji adalah perbuatan baik yang dilakukan, bukan diri si fulan itu.

Mahu Belajar Lebih Lanjut Teknik Nabi Dalam Memimpin?

(KLIK Banner Di Bawah)

Ada soalan & pendapat? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca Artikel Kami Yang Lain