Teknik Memotivasi Pekerja Baru

SITUASI: Dari masa ke masa kita ambil pekerja baru. Justeru dia masih belajar membuat kerjanya, biasalah mutu kerjanya belum betul, belum cantik, belum mencapai mutu yang kita mahukan, maklumlah dia masih belajar. Apabila dia lambat mahir membuat pekerjaannya, kita menanggung kerugian yang banyak. Kita sudah bayar gajinya, kerjanya lambat siap, mutunya pun belum tinggi.

Bagaimakah cara mendorong pekerja yang baru masuk kerja supaya dia bersemangat mahu cepat belajar, cepat pandai membuat kerja yang diberikan kepadanya.

SOLUSI: Supaya pekerja baru suka datang kerja dan bersemangat hendak menjalankan kerjanya, lakukan ini:

1. Pertama, kita mesti sudah sediakan SOP kerjanya. Berikan kepadanya SOP itu. Kemudian tunjukkan bagaimana dia mesti buat kerjanya dengan menggunakan SOP itu.

2. Gunakan teknik pujian bagi mendorong semangatnya. Jangan kritik hasil kerjanya yang belum cantik, nanti dia patah semangat.

3. Apabila memuji, asingkan antara (i) diri si pekerja dan (ii) mutu hasil kerjanya. Jangan puji diri si pekerja itu. Puji hasilnya kerjanya.

Supaya perja mahu memperbaiki mutu kerjanya, kita puji mutu hasil kerjanya yang bagus. Cari apa-apa yang sudah bagus pada hasil kerjanya. Puji ciri itu saja. Jangan dikritik ciri yang masih belum bagus.

Pujian macam itu mendorong dia bangga dengan mutu hasil kerjanya. Apabila dia bangga dengan mutu hasil kerjanya dia terdorong menghasilkan hasil kerja yang makin tinggi mutunya. Dia sendiri tahu aspek pada hasil kerjanya yang perlu dibaikinya. Dia akan baiki sendiri, tidak perlu kita kritik.

Belajar Teknik Menaikkan Semangat Kerja Berpasukan.

Supaya mereka tetap bersemangat & berjaya menyiapkan tugasan dengan sangat baik walaupun ketua tiada di tempat kerja.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *