Teknik Nabi Berlawan Dengan Akal Biasa

Oleh: Ainon Mohd

Hasil kajian yang dilakukan oleh Tim Pengkaji Hadith Psikologi mendapati teknik-teknik Nabi dalam menyelesaikan masalah adalah berlawanan dengan akal biasa atau common sense.

Common sense kita memberitahu apabila ada masalah kita perlu siasat punca masalah itu.Maksudnya kita perlu tahu apa faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah itu.Dalam bidang pengurusan, istilah bagi siasatan seperti itu adalah post-mortem.

Maksud asal perkataan post-mortem itu adalah pembedahan mayat bagi mengetahui punca kematian.

Akal biasa kita menggunakan pertanyaan:”Apa sebab…””Kenapa….””Mengapa….””Apa pasal….”Dalam kajian hitung kata yang dijalankan oleh Tim Pengkaji ke atas matan hadith, belum dijumpai perkataan ‘kenapa’, ‘mengapa’, ataupun frasa ‘apa sebab’ dan ‘apa pasal’.

Sehingga saat posting ini ditulis, Tim Pengkaji belum menjumpai situasi di mana apabila Nabi berdepan dengan sesuatu masalah beliau menyiasat punca-punca masalah itu.

Share Artikel Ini.

Share on facebook
Share di Facebook
Share on whatsapp
Share di Whatsapp
Share on telegram
Share di Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *