Teknik Nabi Muhammad Melayan Pertanyaan Orang Berilmu yang Tidak Menyukai Hal-Hal Dasar

Abu Al-Aswad melaporkan apa yang didengarnya sendiri dari sahabat Nabi Muhammad yang bernama Abu Zarr.

Abu al-Aswad melaporkan bahawa Abu Zarr telah berkata, “Saya pergi berjumpa Nabi Muhammad, tetapi saya dapati beliau sedang tidur dengan memakai baju putih. Kemudian saya pergi lagi kepadanya, dan beliau masih lagi tidur. Kemudian saya pergi lagi, dan kali ini beliau sudah bangun daripada tidurnya.

Kemudian beliau berkata, ‘Setiap hamba Allah yang mengucapkan kalimat ‘La ilaha illallah’, lalu kemudian dia meninggal dunia dengan berpegang teguh pada kalimat itu, maka dia pasti masuk syurga.’

Saya bertanya, ‘Walaupun dia melakukan zina dan mencuri?’ Nabi Muhammad menjawab, ‘Ya, walaupun dia melakukan zina dan mencuri.’

Saya bertanya lagi, ‘Walaupun dia melakukan zina dan mencuri?‘ Beliau menjawab, ‘Ya, walaupun dia melakukan zina dan mencuri.’ Tanya-jawab ini berulang sebanyak tiga kali, dan pada kali keempatnya, beliau berkata, ‘Walaupun Abu Zarr tidak suka.'”

Lalu Abu Zarr pun keluar sambil berkata,“Walaupun Abu Zarr tidak suka.”

– Hadith No. 53 dalam bab Keimanan dalam kitab Ringkasan Sahih Bukhari

Pengenalan:

Abu Zarr adalah seorang yang mempunyai banyak ilmu, beliau juga sangat rapat kepada Nabi Muhammad. Dalam hadith itu Nabi Muhammad memberitahu Abu Zarr suatu dasar tentang siapa yang berhak memasuki syurga.

Maklumat yang disampaikan oleh Nabi Muhammad itu tidak disukai oleh Abu Zarr. Hadith ini menunjukkan kepada kita bagaimana membuat respon kepada pertanyaan orang berilmu yang tidak menyukai suatu perkara benar yang menjadi dasar.

Dasar yang diterangkan oleh Nabi Muhammad itu adalah: Setiap hamba Allah yang mengucapkan kalimat ‘La ilaha illallah’, lalu kemudian dia meninggal dunia dengan berpegang teguh pada kalimat itu, maka dia pasti masuk syurga.

Intipati hadith:

  1. Dalam hadith ini Nabi Muhammad menunjukkan teknik menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang yang berilmu tetapi dia meragui sesuatu dasar yang benar.
  2. Kepada orang berilmu itu Nabi Muhammad hanya menyatakan perkara yang benar itu dengan tidak memberikan sebarang penjelasan mengapa dasar itu demikian bunyinya.

Aplikasi hadith:

  1. Hadith ini adalah hadith kepimpinan.
  2. Hadith ini sesuai digunakan apabila menerangkan hal-hal yang menjadi dasar, polisi dan prinsip-prinisp pokok kepada anggota yang menunjukkan keraguan terhadap kebijaksanaan dasar-dasar itu.
  3. Dasar yang diragukan itu adalah dasar-dasar tentang hak-hak menikmati keistimewaan yang disediakan untuk anggota-anggota.

Nota: Ketua-ketua sentiasa berdepan dengan anak-anak buah yang belum tentu setuju dengan dasar-dasar dan keputusan-keputusan yang sudah ditetapkan.

Dalam amalan lazim, apabila anak buah tidak bersetuju, ketua-ketua memberi penerangan yang panjang lebar mengapa peraturan-peraturan itu diperlukan dan dilaksanakan dengan harapan penerangan itu dapat memuaskan hati mereka yang tidak setuju, dan supaya dengan itu mereka akan menyokong dan melaksanakan peraturan-peraturan tersebut.

Dalam hadith ini Nabi Muhammad menunjukkan teknik yang betul apabila berhadapan dengan orang yang meragui perkara-perkara yang menjadi dasar.

Mahu Belajar Lebih Lanjut Teknik Nabi Dalam Memimpin?

(KLIK Banner Di Bawah)

Ada soalan & pendapat? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca Artikel Kami Yang Lain