Teknik Nabi Muhammad Mendorong Orang Supaya Suka Melakukan Kerja Baik yang Sangat Mudah dan Ringan

Sa’ad bin Abi Waqas melaporkan bahawa Nabi Muhammad berkata, “Apakah ada seseorang dalam kalangan kalian yang penat melakukan 1000 kebaikan tiap-tiap hari?”

Ada orang bertanya dari tempat duduknya, “Bagaimanakah kami dapat melakukan 1000 kebaikan?” Nabi Muhammad berkata, “Bertasbih seratus kali, dicatatkan seribu kebaikan.”

– Hadith ini direkodkan dalam Sahih Muslim

Nota: Tasbih = Subhanallah

Dalam hadith itu Nabi Muhammad mendorong hadirin supaya suka bertasbih setiap hari.

Analisis Hadith

Kepada hadirin beliau bertanya: “Apakah ada seseorang dalam kalangan kalian yang penat melakukan 1000 kebaikan tiap-tiap hari?”

Pertanyaan itu menyebabkan seorang bertanya bagi pihak semua hadirin: “Bagaimanakah kami dapat melakukan 1000 kebaikan?” Kata-kata ini menunjukkan hadirin yang mendengar terdorong mahu melakukan 1000 kebaikan setiap hari.

Barulah kemudian Nabi Muhammad menerangkan perkara baik yang membolehkan mereka melakukan 1000 kebaikan setiap hari. Kata beliau: “Bertasbih seratus kali, dicatatkan seribu kebaikan.”

Teknik yang beliau gunakan adalah:

1. Sebut dahulu ganjaran perbuatan baik itu.
2. Gunakan ayat tanya.
3. Kemudian baru terangkan apa pekerjaan yang digalakkan.

Mahu Belajar Lebih Lanjut Teknik Nabi Dalam Memimpin?

(KLIK Banner Di Bawah)

Ada soalan & pendapat? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca Artikel Kami Yang Lain