Teknik Nabi Muhammad Mendorong Semangat Kerja Anak Buahnya

Hadith ‘Tolong Saya dengan Bersujud’

Seorang sahabat Nabi Muhammad yang bernama Rabi’ah bin Ka’ab melaporkan, katanya:

“Saya pernah tidur malam bersama dengan Rasulullah. Maka saya sediakan air untuk berwuduk dan keperluan lain untuk beliau.

Lalu Rasulullah berkata kepada saya, ‘Mintalah apa yang saudara mahu.’ Saya menjawab, ‘Saya mahu mendampingi tuan di syurga nanti, wahai Rasul Allah!’

Rasulullah berkata lagi, ‘Apakah ada yang lain lagi yang saudara mahu?’ Aku menjawab, ‘Itu sahaja yang saya mahu.’

Lalu Rasulullah berkata, ‘Bantulah saya memperkenankan hajat saudara itu dengan cara saudara memperbanyakkan sujud.’

– Hadith ini terdapat dalam koleksi hadith autentik oleh Imam Muslim

Nabi Muhammad mempunyai daya pengaruh yang sangat tinggi ke atas anak-anak buahnya sehingga mereka sanggup dengan sukarela melakukan kerja-kerja untuk beliau, dengan tidak perlu menunggu sehingga diminta ataupun disuruh.

Hadith di atas menunjukkan anak buah Nabi Muhammad mempunyai semangat kerja yang sangat tinggi.

Dari hadith ini dapat digali strategi dan teknik yang Nabi Muhammad gunakan bagi meningkatkan semangat kerja anak buahnya:

1. Apabila anak buahnya melakukan sebarang kerja secara sukarela, Nabi Muhammad membalas dengan ganjaran atau ‘upah’.

2. Nabi Muhammad memberi tawaran terbuka dengan berkata: ‘Mintalah apa yang saudara mahu.’

3. Apabila anak buahnya meminta sesuatu yang mudah diberikan, Nabi Muhammad membuka satu lagi tawaran terbuka dengan berkata: ‘Apakah ada yang lain lagi yang saudara mahu?’

4. Nabi Muhammad mendorong anak buahnya supaya melakukan lebih banyak solat dengan berkata: ‘Bantulah saya memperkenankan hajat saudara itu dengan cara saudara memperbanyakkan sujud.’

Mahu Belajar Lebih Lanjut Teknik Nabi Dalam Memimpin?

(KLIK Banner Di Bawah)

Ada soalan & pendapat? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca Artikel Kami Yang Lain