Teknik Nabi Muhammad Menghiburkan Hati Orang yang Berasa Dirinya Kurang Bernasib Baik Berbanding Orang Lain

Abu Dzar melaporkan bahawa pada suatu masa beberapa sahabat Nabi Muhammad bertanya kepada beliau,

“Wahai Pesuruh Allah, orang-orang kaya telah meninggal dunia dengan membawa banyak pahala. Mereka bersembahyang sama seperti kami, mereka juga berpuasa sama seperti kami, dan mereka dapat bersedekah dengan harta-harta mereka yang lebih banyak.”

Nabi Muhammad menjawab dengan berkata, “Bukankah Allah memberikan kepada saudara semua peluang bersedekah? Setiap bacaan tasbih adalah sedekah, setiap bacaan takbir adalah sedekah, setiap bacaan tahmid adalah sedekah, setiap bacaan tahlil adalah sedekah, membuat kebaikan adalah sedekah, menjauhi keburukan adalah sedekah, dan persetubuhan saudara dengan isteri adalah sedekah.”

– Hadith no. 545 dalam kitab Hadith Sahih Muslim

Analisis Hadith

Hadith ini adalah hadith yang paling jelas menunjukkan teknik Nabi Muhammad menghiburkan hati orang yang berasa diri mereka kurang bernasib baik apabila mereka membandingkan diri mereka dengan orang lain.

Dalam hadith ini orang-orang itu berasa kurang bernasib baik disebabkan mereka tidak dapat bersedekah sebanyak golongan yang kaya dan berharta.

Cara Nabi Muhammad menghiburkan mereka adalah dengan:

1. Tidak menasihati mereka supaya jangan berasa iri hati dan cemburu terhadap kekayaan orang lain.

2. Tidak menegur ataupun mengkritik sikap mereka yang ‘tidak bersyukur dengan apa yang ada’.

3. Kepada orang miskin, Nabi Muhammad menerangkan berkenaan ‘peluang bersedekah’ yang banyak bagi orang yang miskin harta.

4. Menerangkan jenis-jenis peluang bersedekah yang tidak memerlukan seseorang itu menggunakan harta kekayaan.

5. Peluang bersedekah itu jenis yang terbuka 24 jam sehari semalam.

6. Jenis-jenis sedekah itu adalah sedekah yang sangat mudah dilakukan, yakni dengan membaca tasbih, takbir, tahmid, tahlil dan dengan melakukan persetubuhan dengan isteri.

Mahu Belajar Lebih Lanjut Teknik Nabi Dalam Memimpin?

(KLIK Banner Di Bawah)

Ada soalan & pendapat? Komen di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baca Artikel Kami Yang Lain